My-travel Footprint ver. Vietnam and Cambodia

  • Entries
  • Comments

  • HOME
  • CAMBODIA
  • VIETNAM

Ancient town of Hoi An

Kami sekarang berada di bandar Hoi An. Sebuah lagi bandar di Vietnam yang tersenarai sebagai UNESCO World Heritage Site. Hoi An wujud sejak kurun pertama dan menjadi sebuah bandar pelabuhan yang terkenal di rantau Asia sekitar kurun ke-16 dan 17. Ramai pedagang terutamanya dari negara Cina tiba di Hoi An dan kesan peninggalannya kelihatan hingga ke hari ini pada senibina bangunan dan rumah-rumah lama. Kelihatan juga ramai bangsa Cina Vietnam berada di bandar ini.

Memandangkan bandar Hoi An tidak terlalu besar dan sibuk, juga kebanyakan jalan-jalannya adalah kecil, jadi kami merasakan agak mudah untuk berbasikal. Kami menyewa basikal dengan harga 20,000 Dong untuk satu hari.

Dengan berbasikal kami terus menuju ke Central Market di Hoi An Old Town. Kami meletakkan basikal di tempat meletak kenderaan dengan bayaran 5,000 Dong untuk sebuah basikal! Agak terkejut juga apabila tempat meletak kenderaan mengenakan bayaran. Tidak mengapa lah, asalkan basikal kami selamat dan tidak dicuri.

Kami terus ke tempat membeli tiket untuk melawat tempat-tempat menarik di bandar ini. Istimewa nya bandar Hoi An ini ialah 'one ticket system' untuk pelancong melawat beberapa tempat menarik dengan harga 75,000 Dong memberikan peluang untuk melawat:

1. Sebuah muzium daripada 4 muzium yang ada di bandar ini
2. Sebuah Assembly Hall daripada 4 yang ada
2. Sebuah old house daripada 4 buah old house
3. Japanese bridge
4. Pertunjukan kebudayaan di Hoi An Handicraft Workshop

Tempat pertama yang kami lawati ialah Hoi An Museum of History and Culture. Sebuah muzium lama yang menempatkan artifek yang dijumpai sekitar bandar ini seperti duit-duit lama dari negara Cina (bukti wujudnya kedatangan pedagang Cina ke Vietnam), ceramics dan bermacam-macam lagi.

Kemudian kami melawat sebuah assembly hall yang berdekatan.

Memandangkan bandar Hoi An ini adalah merupakan sebuah bandar lama di Vietnam yang tidak langsung terlibat dengan perang, jadi masih terdapat banyak rumah-rumah lama yang masih kuat dan elok. Beberapa rumah lama ini dibuka kepada pengunjung. Salah satu yang kami lawati ialah Quan Thang Old House yang dibina oleh seorang pedagang Cina yang tiba di bandar Hoi An. Ketibaan kami disambut oleh seorang wanita yang merupakan generasi ke-tujuh yang tinggal di rumah ini. Kami diberikan air teh dan beliau menceritakan sedikir sejarah keluarganya.

Jam menunjukkan hampir 3.15 petang. Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan diadakan di Hoi An Handicraft Workshop dua kali sehari iaitu pada jam 10.15 pagi dan 3.15 petang. Kami berbasikal menuju ke tempat tersebut. Kami tiba agak lewat dan pertunjukan sudah pun bermula. Dewan kecil yang merupakan sebuah rumah lama penuh dengan pelancong.

Setelah habis pertunjukan tersebut, kami berbasikal menuju ke Japanese Bridge yang merupakan sebuah jambatan lama yang dibini oleh orang Jepun sekitar tahun 1600. Kami meneruskan berbasikal di sepanjang Hoi An riverside dan menikmati keindahan bandar lama ini.

Bandar Hoi An ini juga terkenal dengan sutera Vietnam dan kedai-kedai tukang jahit yang penuh di kiri dan kanan jalan raya. Pelancong boleh membeli kain dan menempah pakaian dan siap dalam beberapa jam sahaja! Saya hanya sempat membeli kain sutera Vietnam dengan harga US$2 semeter. Saya perhatikan corak sutera Vietnam di Hoi An ini agak berbeza dengan sutera yang kami beli di Hanoi, juga kainnya tidak begitu tebal.

Malam ini pada pukul 6.30 petang kami akan menaiki sleeper bus menuju ke Nhan Trang dan seterusnya ke Saigon.

6:39 PM | Labels: Vietnam-Cambodia trip | 0 Comments  

Bandar Hue

Akan ditulis.

6:39 PM | | 0 Comments  

Hanoi

Akan ditulis.

6:37 PM | | 0 Comments  

Border Vietnam-China

Di dalam perjalanan pulang dari Bac Ha ke pekan Lao Cai kami dibawa oleh van ke check point sempadan Vietnam-China yang terletak berhampiran dengan pekan Lao Cai.

Akan bersambung

9:31 PM | | 0 Comments  

Perkampungan suku kaum Flower H'mong di Bac Ha

Pada jam 1 petang selepas membeli-belah di Bac Ha Market, kami dibawa oleh van ke salah sebuah perkampungan suku kaum Flower H'mong yang terletak kira-kira 5km dari pekan Bac Ha.

Tiba di perkampungan tersebut kami perlu berjalan kaki mendaki salah sebuah bukit untuk melihat keadaan kampung, ternakan, pertanian dan cara hidup kaum Flower H'mong ini.

Mendaki lorong kecil menuju ke salah sebuah perkampungan




Permandangan tanaman padi bukit yang menjadi salah satu sumber ekonomi penduduk Bac Ha


Kami dibawa melawat ke salah sebuah rumah di perkampungan ini. Tourist guide kami hanya perlu meminta kebenaran tuan rumah untuk membawa pelancong masuk dan sedikit saguhati diberikan. Tidak salah saya wang 50,000 Dong diberikan oleh tourist guide kami kepada tuan rumah itu sebelum kami beredar.

Ini dia rumah yang kami lawati. Kelihatan kandang di hadapan rumah yang menempatkan lembu dan babi, juga beberapa ekor ayam di luar kawasan rumah yang menjadi ternakan mereka

Ros dan Nana sempat bergambar bersama tuan rumah


Kami ada membawa beberapa buah buku cerita kanak-kanak di dalam Bahasa Inggeris yang dibeli di Kuala Lumpur. Dikesempatan yang ada semasa melawat perkampungan ini, kami ada memberikan beberapa buah buku kepada kanak-kanak yang kami temui. Kelihatan juga pelancong-pelancong lain terutamanya mat saleh memberikan gula-gula kepada kanak-kanak. Ini ada saya baca di dalam buku Lonely Planer Vietnam dimana penulis buku tersebut memberi idea untuk pelancong yang pergi ke perkampungan seperti ini membawa buah tangan untuk membuatkan kanak-kanak gembira. Saya ingin membuat sedikit kelainan memandangkan saya hampir pasti ramai yang akan memberikan gula-gula, jadi saya memberikan buku cerita yang mungkin merupakan buku pertama yang mereka miliki! Dan diharap ini mampu membuat mereka tersenyum dan berminat untuk menuntut ilmu dan seterusnya mampu meningkatkan taraf hidup kaum minoriti ini yang merupakan kaum yang termiskin di bumi Vietnam.

Memberikan buku kepada kanak-kanak yang kami termui

11:34 PM | Labels: Vietnam-Cambodia trip | 0 Comments  

Dari Sapa ke Bac Ha

Pada hari keempat kami mengambil pakej tour ke Bac Ha dari pekan Sapa dengan bayaran US$15 seorang. Pakej ini membaca kami dari Sa Pa ke Bac Ha Market dan seterusnya melawat perkampungan suku kaum Flower H'mong.

Perjalanan dari pekan Sapa ke Bac Ha perlu melalui pekan Lao Cai. Bermakna kami perlu ke Lao Cai terlebih dahulu sebelum menuju ke Bac Ha. Berbeza dengan perjalanan dari Lao Cai ke Sapa yang lebih menarik dengan jalan raya yang berturap, tetapi perjalanan dari Lao Cai ke Bac Ha adalah lebih mencabar dengan jalan raya yang berbatu dan berdebu. Perjalanan yang hanya dalam lingkungan 100km (34km dari Sapa ke Lao Cai dan 70km dari Lao Cai ke Bac Ha) memakan masa lebih 3 jam. Kami yang menaiki van yang tidak berhawa dingin dan terpaksa membuka sedikit tingkap agak sesak nafas dengan debu-debu yang masuk ke dalam van. Bukan itu saja, perjalanan yang seakan menaiki kereta kuda amat tidak selesa. Namun permandangan yang indah apabila van mula mendaki bukit memukau kami.

Gambar menunjukkan jalan berbatu dan berdebu menuju pekan Bac Ha

Akhirnya pada pukul 11 pagi kami tiba juga di pekan Bac Ha yang seakan pekan cowboy, sebuah pekan lebih mundur tidak seperti pekan Sa Pa yang kami lawati sebelum ini. Kelihatan lembu, kerbau dan kuda menjadi kenderaan sesetengah penduduk tempatan. Terasa seperti kami berada di dalam filem Back to the Future!

Suasana di pekan Bac Ha

Bac Ha adalah merupakan provinsi yang didiami oleh suku kaum minoriti Vietnam yang kebanyakannya dari suku kaum Flower H'mong. Berbeza dengan provinsi Sa Pa yang merupakan kawasan yang didiami oleh suku kaum minoriti Black H'mong.

Kami diberikan masa 2 jam untuk membeli-belah di Bac Ha Market yang merupakan pasar mingguan yang diadakan setiap hari Ahad. Pada hari ini lah penduduk-penduduk Bac Ha keluar ke pekan untuk bertukar barang sesama mereka (sistem barter), berjual beli barangan, membida untuk membeli lembu, kerbau dan macam-macam lagi. Pasar ini begitu indah dengan masyarakat suku kaum Flower H'mong yang memakai pakaian traditional mereka.

Ros bergambar di sekitar Bac Ha Market
Saya sempat mengenakan pakaian traditional suku kaum Flower H'mong semasa membeli-belah di sebuah kedai di Bac Ha Market

Untuk membeli barangan souvenirs, harga barangan adalah lebih murah di Sa Pa Market berbanding dengan barangan yang sama dijual di Bac Ha Market ini.

10:52 PM | Labels: Vietnam-Cambodia trip | 0 Comments  

Day 3 (cont): Membeli-belah di pekan Sapa

Selepas berehat sebentar di hotel, kami bersiar-siar di pekan Sapa untuk melihat acara membeli-belah pada hari Sabtu disini. Di provinsi Sapa ini terdapat beratus-ratus kaum minoriti Vietnam yang tinggal di bukit-bukit yang berdekatan. Hari Sabtu adalah hari mereka keluar membeli-belah dan menjual barangan mereka; dan hari Sabtu juga lah hari tumpuan pelancong ke Sapa!

Belum lagi tiba di Sapa Market kami telah diserbu oleh penjual-penjual jalanan yang merayu kami untuk membeli barangan mereka. Sebenarnya saya tidak lah inginkan sangat barangan tersebut, tetapi rasa kasihan melihat wajah mereka. Ayat standard yang disebut ialah "buy from me", mungkin itu antara ayat Bahasa Inggeris yang mereka tahu.



Gambar-gambar diatas sempat dirakam oleh Ros menunjuk kan bagaimana saya cuba melayan penjual-penjual jalanan ini.

Ros sempat berposing di hadapan penjual-penjual jalanan tersebut. Pada ketika ini mungkin saya masih kalut melayan mereka semua.

Selepas saya membeli 2 beg tangan kanak-kanak dengan harga 40,000 Vietnam Dong, kini giliran Ros pula diserbu dan saya sempat merakamkan situasi ini.

Satu saja tip yang boleh saya berikan apabila berhadapan dengan penjual-penjual jalanan ini ialah kita cuba melarikan diri dengan masuk ke kedai-kedai yang berhampiran. Mereka akan tinggalkan kita dan menghampiri pelancong lain pula. Tetapi jika kita cuba melarikan diri dengan meneruskan berjalan di sepanjang jalan menuju ke Sapa Market, nescaya mereka akan turut mengekori kita.

Akhirnya kami tiba juga di Sapa Market.


Ini dia keadaan di dalam Sapa Market. Lebih tenang.

Di luar Sapa Market juga terdapat banyak lagi penjual-penjual yang menjual hasil kraftangan mereka, buah-buahan dan bermacam-macam lagi. Cuaca agak sejuk di Sapa dengan suhu serendah 0'c di musim sejuk ini.


Ini dia suasana di pekan Sapa. Indah dengan permandangan yang cantik, bangunan-bangunan seakan di Eropah dan kaum-kaum minoriti Vietnam dengan pakaian traditional mereka yang unik.

11:08 PM | Labels: Vietnam-Cambodia trip | 0 Comments  

Day 3: Lao Cai dan Sapa

Kami tiba di station keretapi Lao Cai pada pukul 6 pagi waktu Vietnam. Walau pun kami terpaksa tidur di kerusi yang agak kurang selesa iaitu "hard-seat" (kerusi kayu) di cabin yang paling murah sekali, namun kami masih boleh melelapkan mata. Saya terpaksa masuk di dalam sleeping bag dan tidur dalam keadaan duduk. Terdapat juga beberapa orang backpackers mat saleh dengan selambanya tidur di atas lantai keretapi.

Wajah Ros dan Nana baru bangun dari tidur, bersiap sedia untuk turun daripada keretapi.

Keluar saja diaripada station keretapi kelihatan begitu banyak minibus menawarkan pengangkutan ke Sapa. Ada yang terus menawarkan harga 50,000 Vietnam Dong sedangkan kami telah tahu harga daripada buku Lonely Planet bahawa harga untuk trip Lao Cai ke Sapa adalah hanya 25,000 Vietnam Dong sahaja! Kami tidak mengindahkan mereka semua dan terus keluar ke station. Terdapat juga wakil-wakil daripada hotel penginapan yang menawarkan perkhidmatan hotel pick-up menunggu dengan nama-nama yang tertera di kad putih. Salah satu daripanya tertera nama saya iaitu daripada Cat Cat Hotel! Memang saya ada membuat tempahan hotel tersebut tetapi saya tidak pun menempah hotel pick-up dengan bayaran US$10 setiap seorang. Kami buat tidak tahu saja dan terus keluar daripada station.

Akhirnya selepas tawar-menawar, kami bersetuju untuk menaiki minibus dengan harga 100,000 Vietnam Dong untuk 3 orang. Di dalam minibus ada juga dua orang mat saleh membayar tambang hanya 30,000 Vietnam Dong sahaja. Nampaknya mat saleh lebih pandai tawar-menawar daripada kami! Minibus itu sebenarnya adalah sebuah van Nissan Vanette yang mempunyai 13-seater sahaja termasuk pemandu. Tetapi kami terpaksa berhimpit-himpit seramai 17 orang di dalam van ini untuk perjalanan ke Sapa sejauh 40km yang memakan masa kira-kira 1 jam.

Sampai di pekan Sapa, kami menunggu minibus tersebut menghantar penumpang ke hotel-hotel yang mereka telah tempah. Giliran kami masih belum tiba, tetapi apabila minibus lalu di hotel-hotel yang banyak dikiri kanan jalan, Ros ternampak sebuah hotel memaparkan sewa dengan harnya US$8 untuk satu malam. Kami terus meminta pemandu menurunkan kami disitu. Masuk saja ke hotel tersebut, saya dibawa untuk melihat bilik tersebut tetapi oleh kerana kami bertiga, sewa bilik itu jadi US$12! Saya cuba tawar-menawar dan akhirnya dapat dengan harga US$10 untuk satu malam dan extra US$1 untuk electric heater atau fire place. Kami memilih fire place.

Ini dia bilik kami dengan satu katil double dan satu katil single

Saya sedang menyalakan fireplace feeling ala-ala kat oversea. Anyway, Vietnam pun memang over-the-sea pun keh keh keh.

10:28 PM | Labels: Vietnam-Cambodia trip | 1 Comments  

Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)


  • Labels

    • Vietnam-Cambodia trip

    Blog Archive

    • ▼  2008 (8)
      • ▼  December (8)
        • Ancient town of Hoi An
        • Bandar Hue
        • Hanoi
        • Border Vietnam-China
        • Perkampungan suku kaum Flower H'mong di Bac Ha
        • Dari Sapa ke Bac Ha
        • Day 3 (cont): Membeli-belah di pekan Sapa
        • Day 3: Lao Cai dan Sapa
  • About Me

    My photo
    My-travel Footprint
    This is my travel blog where I will post all of my entries as I travel to different places throughout the world and throughout my life. In June 2009, I will be backpacking throughout the Kingdom of Thailand and to the Lao People's Democratic Republic.
    View my complete profile

Copyright 2008 my-travelfootprint.blogspot.com