Belum lagi tiba di Sapa Market kami telah diserbu oleh penjual-penjual jalanan yang merayu kami untuk membeli barangan mereka. Sebenarnya saya tidak lah inginkan sangat barangan tersebut, tetapi rasa kasihan melihat wajah mereka. Ayat standard yang disebut ialah "buy from me", mungkin itu antara ayat Bahasa Inggeris yang mereka tahu.
Gambar-gambar diatas sempat dirakam oleh Ros menunjuk kan bagaimana saya cuba melayan penjual-penjual jalanan ini.
Ros sempat berposing di hadapan penjual-penjual jalanan tersebut. Pada ketika ini mungkin saya masih kalut melayan mereka semua.
Selepas saya membeli 2 beg tangan kanak-kanak dengan harga 40,000 Vietnam Dong, kini giliran Ros pula diserbu dan saya sempat merakamkan situasi ini.
Satu saja tip yang boleh saya berikan apabila berhadapan dengan penjual-penjual jalanan ini ialah kita cuba melarikan diri dengan masuk ke kedai-kedai yang berhampiran. Mereka akan tinggalkan kita dan menghampiri pelancong lain pula. Tetapi jika kita cuba melarikan diri dengan meneruskan berjalan di sepanjang jalan menuju ke Sapa Market, nescaya mereka akan turut mengekori kita.
Akhirnya kami tiba juga di Sapa Market.
Ini dia keadaan di dalam Sapa Market. Lebih tenang.
Di luar Sapa Market juga terdapat banyak lagi penjual-penjual yang menjual hasil kraftangan mereka, buah-buahan dan bermacam-macam lagi. Cuaca agak sejuk di Sapa dengan suhu serendah 0'c di musim sejuk ini.
Ini dia suasana di pekan Sapa. Indah dengan permandangan yang cantik, bangunan-bangunan seakan di Eropah dan kaum-kaum minoriti Vietnam dengan pakaian traditional mereka yang unik.

0 comments:
Post a Comment