Pada jam 1 petang selepas membeli-belah di Bac Ha Market, kami dibawa oleh van ke salah sebuah perkampungan suku kaum Flower H'mong yang terletak kira-kira 5km dari pekan Bac Ha.
Tiba di perkampungan tersebut kami perlu berjalan kaki mendaki salah sebuah bukit untuk melihat keadaan kampung, ternakan, pertanian dan cara hidup kaum Flower H'mong ini.
Mendaki lorong kecil menuju ke salah sebuah perkampungan

Kami dibawa melawat ke salah sebuah rumah di perkampungan ini. Tourist guide kami hanya perlu meminta kebenaran tuan rumah untuk membawa pelancong masuk dan sedikit saguhati diberikan. Tidak salah saya wang 50,000 Dong diberikan oleh tourist guide kami kepada tuan rumah itu sebelum kami beredar.
Kami ada membawa beberapa buah buku cerita kanak-kanak di dalam Bahasa Inggeris yang dibeli di Kuala Lumpur. Dikesempatan yang ada semasa melawat perkampungan ini, kami ada memberikan beberapa buah buku kepada kanak-kanak yang kami temui. Kelihatan juga pelancong-pelancong lain terutamanya mat saleh memberikan gula-gula kepada kanak-kanak. Ini ada saya baca di dalam buku Lonely Planer Vietnam dimana penulis buku tersebut memberi idea untuk pelancong yang pergi ke perkampungan seperti ini membawa buah tangan untuk membuatkan kanak-kanak gembira. Saya ingin membuat sedikit kelainan memandangkan saya hampir pasti ramai yang akan memberikan gula-gula, jadi saya memberikan buku cerita yang mungkin merupakan buku pertama yang mereka miliki! Dan diharap ini mampu membuat mereka tersenyum dan berminat untuk menuntut ilmu dan seterusnya mampu meningkatkan taraf hidup kaum minoriti ini yang merupakan kaum yang termiskin di bumi Vietnam.


0 comments:
Post a Comment