My-travel Footprint ver. Vietnam and Cambodia

  • Entries
  • Comments

  • HOME
  • CAMBODIA
  • VIETNAM

Dari Sapa ke Bac Ha

Pada hari keempat kami mengambil pakej tour ke Bac Ha dari pekan Sapa dengan bayaran US$15 seorang. Pakej ini membaca kami dari Sa Pa ke Bac Ha Market dan seterusnya melawat perkampungan suku kaum Flower H'mong.

Perjalanan dari pekan Sapa ke Bac Ha perlu melalui pekan Lao Cai. Bermakna kami perlu ke Lao Cai terlebih dahulu sebelum menuju ke Bac Ha. Berbeza dengan perjalanan dari Lao Cai ke Sapa yang lebih menarik dengan jalan raya yang berturap, tetapi perjalanan dari Lao Cai ke Bac Ha adalah lebih mencabar dengan jalan raya yang berbatu dan berdebu. Perjalanan yang hanya dalam lingkungan 100km (34km dari Sapa ke Lao Cai dan 70km dari Lao Cai ke Bac Ha) memakan masa lebih 3 jam. Kami yang menaiki van yang tidak berhawa dingin dan terpaksa membuka sedikit tingkap agak sesak nafas dengan debu-debu yang masuk ke dalam van. Bukan itu saja, perjalanan yang seakan menaiki kereta kuda amat tidak selesa. Namun permandangan yang indah apabila van mula mendaki bukit memukau kami.

Gambar menunjukkan jalan berbatu dan berdebu menuju pekan Bac Ha

Akhirnya pada pukul 11 pagi kami tiba juga di pekan Bac Ha yang seakan pekan cowboy, sebuah pekan lebih mundur tidak seperti pekan Sa Pa yang kami lawati sebelum ini. Kelihatan lembu, kerbau dan kuda menjadi kenderaan sesetengah penduduk tempatan. Terasa seperti kami berada di dalam filem Back to the Future!

Suasana di pekan Bac Ha

Bac Ha adalah merupakan provinsi yang didiami oleh suku kaum minoriti Vietnam yang kebanyakannya dari suku kaum Flower H'mong. Berbeza dengan provinsi Sa Pa yang merupakan kawasan yang didiami oleh suku kaum minoriti Black H'mong.

Kami diberikan masa 2 jam untuk membeli-belah di Bac Ha Market yang merupakan pasar mingguan yang diadakan setiap hari Ahad. Pada hari ini lah penduduk-penduduk Bac Ha keluar ke pekan untuk bertukar barang sesama mereka (sistem barter), berjual beli barangan, membida untuk membeli lembu, kerbau dan macam-macam lagi. Pasar ini begitu indah dengan masyarakat suku kaum Flower H'mong yang memakai pakaian traditional mereka.

Ros bergambar di sekitar Bac Ha Market
Saya sempat mengenakan pakaian traditional suku kaum Flower H'mong semasa membeli-belah di sebuah kedai di Bac Ha Market

Untuk membeli barangan souvenirs, harga barangan adalah lebih murah di Sa Pa Market berbanding dengan barangan yang sama dijual di Bac Ha Market ini.

10:52 PM | Labels: Vietnam-Cambodia trip |

This entry was posted on 10:52 PM and is filed under Vietnam-Cambodia trip . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


  • Labels

    • Vietnam-Cambodia trip

    Blog Archive

    • ▼  2008 (8)
      • ▼  December (8)
        • Ancient town of Hoi An
        • Bandar Hue
        • Hanoi
        • Border Vietnam-China
        • Perkampungan suku kaum Flower H'mong di Bac Ha
        • Dari Sapa ke Bac Ha
        • Day 3 (cont): Membeli-belah di pekan Sapa
        • Day 3: Lao Cai dan Sapa
  • About Me

    My photo
    My-travel Footprint
    This is my travel blog where I will post all of my entries as I travel to different places throughout the world and throughout my life. In June 2009, I will be backpacking throughout the Kingdom of Thailand and to the Lao People's Democratic Republic.
    View my complete profile

Copyright 2008 my-travelfootprint.blogspot.com