Kami sekarang berada di bandar Hoi An. Sebuah lagi bandar di Vietnam yang tersenarai sebagai UNESCO World Heritage Site. Hoi An wujud sejak kurun pertama dan menjadi sebuah bandar pelabuhan yang terkenal di rantau Asia sekitar kurun ke-16 dan 17. Ramai pedagang terutamanya dari negara Cina tiba di Hoi An dan kesan peninggalannya kelihatan hingga ke hari ini pada senibina bangunan dan rumah-rumah lama. Kelihatan juga ramai bangsa Cina Vietnam berada di bandar ini.
Memandangkan bandar Hoi An tidak terlalu besar dan sibuk, juga kebanyakan jalan-jalannya adalah kecil, jadi kami merasakan agak mudah untuk berbasikal. Kami menyewa basikal dengan harga 20,000 Dong untuk satu hari.
Dengan berbasikal kami terus menuju ke Central Market di Hoi An Old Town. Kami meletakkan basikal di tempat meletak kenderaan dengan bayaran 5,000 Dong untuk sebuah basikal! Agak terkejut juga apabila tempat meletak kenderaan mengenakan bayaran. Tidak mengapa lah, asalkan basikal kami selamat dan tidak dicuri.
Kami terus ke tempat membeli tiket untuk melawat tempat-tempat menarik di bandar ini. Istimewa nya bandar Hoi An ini ialah 'one ticket system' untuk pelancong melawat beberapa tempat menarik dengan harga 75,000 Dong memberikan peluang untuk melawat:
1. Sebuah muzium daripada 4 muzium yang ada di bandar ini
2. Sebuah Assembly Hall daripada 4 yang ada
2. Sebuah old house daripada 4 buah old house
3. Japanese bridge
4. Pertunjukan kebudayaan di Hoi An Handicraft Workshop
Tempat pertama yang kami lawati ialah Hoi An Museum of History and Culture. Sebuah muzium lama yang menempatkan artifek yang dijumpai sekitar bandar ini seperti duit-duit lama dari negara Cina (bukti wujudnya kedatangan pedagang Cina ke Vietnam), ceramics dan bermacam-macam lagi.
Kemudian kami melawat sebuah assembly hall yang berdekatan.
Memandangkan bandar Hoi An ini adalah merupakan sebuah bandar lama di Vietnam yang tidak langsung terlibat dengan perang, jadi masih terdapat banyak rumah-rumah lama yang masih kuat dan elok. Beberapa rumah lama ini dibuka kepada pengunjung. Salah satu yang kami lawati ialah Quan Thang Old House yang dibina oleh seorang pedagang Cina yang tiba di bandar Hoi An. Ketibaan kami disambut oleh seorang wanita yang merupakan generasi ke-tujuh yang tinggal di rumah ini. Kami diberikan air teh dan beliau menceritakan sedikir sejarah keluarganya.
Jam menunjukkan hampir 3.15 petang. Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan diadakan di Hoi An Handicraft Workshop dua kali sehari iaitu pada jam 10.15 pagi dan 3.15 petang. Kami berbasikal menuju ke tempat tersebut. Kami tiba agak lewat dan pertunjukan sudah pun bermula. Dewan kecil yang merupakan sebuah rumah lama penuh dengan pelancong.
Setelah habis pertunjukan tersebut, kami berbasikal menuju ke Japanese Bridge yang merupakan sebuah jambatan lama yang dibini oleh orang Jepun sekitar tahun 1600. Kami meneruskan berbasikal di sepanjang Hoi An riverside dan menikmati keindahan bandar lama ini.
Bandar Hoi An ini juga terkenal dengan sutera Vietnam dan kedai-kedai tukang jahit yang penuh di kiri dan kanan jalan raya. Pelancong boleh membeli kain dan menempah pakaian dan siap dalam beberapa jam sahaja! Saya hanya sempat membeli kain sutera Vietnam dengan harga US$2 semeter. Saya perhatikan corak sutera Vietnam di Hoi An ini agak berbeza dengan sutera yang kami beli di Hanoi, juga kainnya tidak begitu tebal.
Malam ini pada pukul 6.30 petang kami akan menaiki sleeper bus menuju ke Nhan Trang dan seterusnya ke Saigon.
Ancient town of Hoi An
6:39 PM
|
Labels:
Vietnam-Cambodia trip
|
This entry was posted on 6:39 PM
and is filed under
Vietnam-Cambodia trip
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment